Blog ini telah direka untuk tujuan berkongsi pengalaman tentang kisah kisah seram, misteri yang telah anda tempuhi, alami sendiri atau yang telah anda dengar atau baca dari mana mana......

ASSALAMUAALIKUM PADA SEMUA...BLOG INI KEPUNYAAN IANSURYANI DAN CERITA CERITA YANG SAYA TULIS DISINI TIADA KENA MENGENA DENGAN DIRI SAYA...HARAP MAKLUM. DAN SILALAH KE MAIN BLOG SAYA JIKA ADA MASA LAPANG..TERIMA KASIH...

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Assalamualaikum dan selamat datang kepada anda semua yang sudi melawat blog kisah seram ku ini. Aku dilahirkan pada 5 May 1977 di sebuah pulau yang bernama Pulau temasek yang kini lebih dikenali dengan nama Singapura.
Blog aku yang lain ialah:
blog dalam bahasa melayu
blog dalam bahasa inggeris

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Monday, February 14, 2005
diusik jelmaan penunggu rumah

  Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

  Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

  Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

  Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

  Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

  Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

  Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

  Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu

Posted at 03:01 pm by ianz
Make a comment  

Sunday, February 13, 2005
hantu penanggal

  Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

  Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang
gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

  Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah
perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

  Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang
bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

  Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Posted at 01:23 pm by ianz
Comments (3)  

Saturday, February 12, 2005
diganggu syaitan

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil me
mbaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. "Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram ke
mbali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram ke
mbali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang ke
mbali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia ke
mbali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.


CERITA INI DIAMBIL DARI INTERNET.....

Posted at 11:44 am by ianz
Comment (1)  

Sunday, December 05, 2004
Diganggu roh tentera jepun

  Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga.  Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata.  Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.

  Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati.  Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.  Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati.  Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang.  Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun.  Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

  Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah.  Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya.  Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap.  Tapi suara itu tidak juga berhenti.

  Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah.  "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram.  Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.  Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang.  Eh, suara bukan main kuat.  Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati.  Puas dia mencari, namun hampa belaka.

  Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam.  Zaliah mula merasa seram.  Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu.  Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut.  Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

  Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan.  Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun!  Tidak menunggu lama,  Zaliah bergegas ke katilnya.  Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

  Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga.  Walhal suara itu begitu kuat.  Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau.  Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi.  Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

  Hati Zaliah mula berdebar debar.  Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu.  Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata   mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

  BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.  Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang.  Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.  Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut.  Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.

  Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan.  Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah.  Namun dia cuba bertahan.  Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

  Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya.  Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung.  Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya.  Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya.  Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran.  Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja.  Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

  Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur.  Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.  Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

 

Posted at 11:19 am by ianz
Make a comment  

Saturday, November 27, 2004
Tersimpan misteri yang tak terungkap

  "Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita.  Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah.  Rasanya sesuai untuk kita berdua.  Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.

  "Rumah kat mana bang.  Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya.  "Di kampung seberang.  Sewanya pun murah, RM400 sebulan.  Rumah ters dua tingkat.  Masa pusing pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa.   Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa.   Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain.  Lagipun tak seronoklah dududk dirumah mak.  Sekurang kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh sungguh.

  Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari.  Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya apabila tinggal bersama.  Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif.  Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah.  Biarpun keluarga mertuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mertua.

  Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu.  Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap.  Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar debar yang alang kepalang.  Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur.  Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangundari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya.  Semamsa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi.  Dia menjerit ketakutan.  Matanya meliar.  Puas dia memangdang kiri dan kanan.  Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup.  Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas.  Suaminya masih lagi tidur selena lenanya.  Malam itu sepicing pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

  "Kenapa mata sayang nampak sembap.  Tak lena tidur ke dududk rumah baru," gurau suaminya.

  "Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika.  Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat.  Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun kebawah untuk minum air.  Tak semena mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri.  Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.

  "Ada ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa.  agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal dirumah baru.  Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

  "Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid.  Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang.  Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu diluar negara lah," gurau amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

  "Abang balik tak tengahari ni.  Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."

  "Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi.  Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya.  Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang bayang seorang kanak kanak kecil sedang melompat lompat ruang tengah rumah.  Gementar hatinya.  Mana ada budak kecil tinggal disini, fikir hatinya.  Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

  Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit.  Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak kanak melompat lompat diruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan.  Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya.  Niza meracau racau apabila terpandang wajah hodoh itu.  Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras.  Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran.  Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isreinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya.  Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebab kan tidak tahan didera suaminya.  Dia telah nmengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

  Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal.  rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.


Posted at 04:13 pm by ianz
Comments (2)  

Friday, October 29, 2004
kanak kanak hodoh dilorong sepi

  Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja.  Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini.  Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah.  Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram.  Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut,  tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja. 

  Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi.  Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan.  Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku.  Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut.  Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.

   Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut.  Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena.  Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu.  Pun begiru aku tabahkan hati.  Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang.  Timbul keinginanku untuk menolong.  Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian.  Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang.  Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan.  Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini.  Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku.  Apalagi kereta terus  kupecut tanpa berani menoleh lagi.  Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak.  Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.

  Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu.  Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku.  Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu.  Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku.  Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan.  Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa.  Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.

  Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak.  Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti.  Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin.  Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta.  Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula.  Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.

  Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu.  Aku benar benar panik.  Mengekori akukah mereka?  Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.

  Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi.  Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas.  Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau.  Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku.  Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu.  Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.

Posted at 06:09 pm by ianz
Comments (2)  

Tuesday, October 26, 2004
Badi perigi lama

  Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya.  Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.

  Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir.  Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya.  Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya.  Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu,  Latifah masoh belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya.  Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut.  Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu.  Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut.  Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan.  Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.

  Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar.  Tapi perkara itu tidak diendahkannya.  Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga.  Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang.  Siap semuanya tanpa berlengah.  LAtifah mencapai tuala dan terus mandi.  Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa.  Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing.  Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.

  Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya.  Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya  bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup.  Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata.  Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini. 

  Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih.  Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut.  Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu  yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi.  Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi.  Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.

  Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil.  Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan.  Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja  azan subuhberkumandang.  Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata.  Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah.  Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun.  Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam.  Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah.  Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya.  Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.

  Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya.  Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa.  Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama.  Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri.  Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya.  Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.

  Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu.  Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya.  Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut.  Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh.  Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah.  Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama.  Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Posted at 07:16 pm by ianz
Make a comment  

Friday, October 22, 2004
zakuan terkulai dalam pelukan pontianak

  Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya.  Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya.  Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya.  Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.

  Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis.  Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.

  Peperiksaan semestar telah pun berakhir.  Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.
 
  Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan.  Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan.  Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa.  Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu.  Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.

  Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.

  "Bosannya malam ni.  Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan.  Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.  Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.

  Samnbil mendengar alunan muzik,  Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya.  Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.

  "Ini sudah bagus.  Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.

  "Abang boleh tumpangkan saya tak.  Saya terlepas bas.  Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.

  "Boleh apa salahnya.  Cepatlah naik.  Lagipun hari nak hujan.  Nanti kalau kena hujan, demam pula."

  Zakuan sempat menjeling pada gadis itu.

  Wah, seksi jugak gadisni.  Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.

  "SAudari ni dari mana sebernarnya.  Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni."

  "Saya dari kelas tuisyen.  Tapi saya keluar agak lewat malam ni.  Sebab tu saya terlepas bus.  Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan.

  Emmm...ini sudah bagus.  Respon baik nampaknya awek sorang ni.

  Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan.  Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.

  Kalau aku dapat awek ni, memang bagus.  Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan  gadis itu.

  Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu.  Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya.  Anehmya, gadis itu tidak membantah.  Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan.

  Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.

  Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan.  Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.

  Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar.  Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam.  tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah.  Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.

  Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa.  Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.

  Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan.  Zakuan seolah olah sesak nafas.  Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya.  Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu  bertukar wajah ,enjadi hodoh.  Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.

  Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri.  Zakuan ketakutan.  Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu.  Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu.

  Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu.  Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan.  Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.

  Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah.  Zakuan cuba menjerit meminta tolong.  Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya.  Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam.  Zakuan semakin sukar untuk bernafas.  Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.

  Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai.  Menurut ibunya,  Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu.

  Zakuan pengsan selama 3 hari.  Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya.  Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita.  Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.


 

Posted at 05:58 pm by ianz
Comments (4)  

Thursday, October 21, 2004
suara menmanggil dicelahan pokok

  Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan.  Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti.  Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.

  Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah.  Masing masing berpasangan.  Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.

  Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain.  Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut.  Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja.  Kini tibalah masa untuk merasainya pula.

  Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat.  Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas.  Mereka tetap juga bermain.  Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.

  Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi.  Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian.  Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam.  Apabila letih, mereka akan berhenti minum.

  Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel.  Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi.  Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok.  Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa.  Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.

  Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka.  Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu.  Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini.  Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.

  Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok.  Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa.  Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan.  Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

  Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula.  Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut.  Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

  Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut.
Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok.  Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan.  Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah.  Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

  Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel.  Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain.  Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut. 

  Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya.  Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.  Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut. 

 

Posted at 04:07 pm by ianz
Comment (1)  

Tuesday, October 19, 2004
misteri bunyi tapak kaki

   Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.  "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat.  Tinggal kita berdua sahaja.  Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil.  Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

   Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard.  Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!"  Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

  "Hai! Jaga sikit mulut kau itu.  Jangan cabul sangat.  Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit.  Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona.  "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

  Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya.  Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam.  Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya.  Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

  Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter.  Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua.  Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.  Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

  "Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran.  Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah. 

  Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

  "Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

  Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang.  Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka.  abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap.  Dia berjalan lurus ke hadapan.

  Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan.  Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

  "Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil.  Muka Nona semakin pucat ketakutan.  Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

  Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran.  Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran.  Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

  "Engkau ni kenapa takut sangat.  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

  Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

  Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

  Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

  "Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

  "Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

  Muka Nona berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan celupar sangat.  Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki.  Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.

  Seluruh kelas terdia mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.

Posted at 06:16 pm by ianz
Comments (2)  

Previous Page Next Page