|
Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar seperti ada orang mandi. Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran. Saya tidak pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam. Tetapi bunyi curahan air orang mandi terus didengar. Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram. Untuk menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Saya juga tidak berani untuk memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air. Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut. Mujur beliau dan anak kecil kami juga tidak bangun. Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit. Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya. Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi. Saya tidak menceritakan kejadian yang saya alami itu pada isteri dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura. |
| walid November 13, 2009 07:57 AM PST kin owng ngah mndi 2, wat pa nak tkut, tkut la pada yang maha esa, insyaAllah ketakutan kita akan hilang................. | ||
| cogarbee June 5, 2008 01:09 PM PDT some hotels are haunted jugak tau.. jgn main2 | ||
| M.F Kencana May 13, 2008 02:56 PM PDT saya peminat cerita seram dan waratwan majalah dan akhbar misteri di Malaysia. sila kunujugi laman web saya: jangantegur.com | ||
| MIYAKIMIRAE July 9, 2007 01:45 PM PDT MMG ORG SBELAH MANDI LA TU. DIA MANDI LAMA AGAKNYA... | ||
| Leave a Comment: |